Saiz Teks

  • Increase
  • Decrease
  • Normal

Current Size: 112%

Pilih Bahasa

Fungsi: Bahagian Belanjawan

Anggaran dan Kawalan

Anggaran

  1. Memeriksa dan memproses keperluan wang bagi semua Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri untuk perbelanjaan mengurus;
  2. Menyediakan draf ucapan Belanjawan Tahunan dan Kertas Kabinet Negeri mengenai cadangan Belanjawan Tahunan termasuk viremen;
  3. Menilai dan memproses pengeluaran waran perjawatan;
  4. Memeriksa dan mengawal Akaun-akaun Kumpulan Wang Amanah; dan
  5. Mengawasi laporan kewangan ke atas Pengurusan Kewangan dan Akaun.

Kawalan

  1. Menyediakan Belanjawan Tahunan untuk Tabung Pinjaman Negeri dan Pinjaman Persekutuan dan meneliti permohonan pertukaran pinjaman kepada ekuiti/geran; 
  2. Mengumpul dan meyelaras laporan kewangan (pembaziran dan penyelewengan) oleh Ketua Audit Negeri bagi Kementerian, Jabatan dan Badan-badan Berkanun Negeri;
  3. Mengesan serta melakukan Naziran ke Kementerian dan Jabatan untuk mempastikan inventori perjawatan dan memperbaiki sistem pengurusan kewangan; 
  4. Mengurus dan mempastikan penggunaan Wang Awam untuk program-program "Non Goverment Organization" (NGO), "Non Islamic Religious Organization" (NIRO), dan sekolah bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta; dan 
  5. Menyelaras dan mengurus maklumat Belanjawan
    • Menyelaras penggubalan dasar perbelanjaan, isu-isu belanjawan, menganalisa aliran kewangan bagi sektor awam;
    • Membangun dan menyelaras data asas bagi tujuan analisa dasar kewangan dan perbelanjaan;
    • Menyelia dan mengurus hal ehwal pentadiran 

Pembangunan

  1. Membuat analisis terhadap anggaran kos bagi projek pembangunan, memeriksa dan menyediakan keperluan kewangan yang optima untuk program-program pembangunan negeri;
  2. Menyelaras dan menilai pelaksanaan projek-projek pembangunan Negeri;
  3. Mengesan penggunaan optima kumpulan Wang Pembangunan;
  4. Menyediakan Buku Anggaran Tahunan Pembangunan Negeri dan Ucapan Belanjawan Tahunan;
  5. Mempertimbangkan dan memproses permohonan-permohonan tambahan termasuk wang viremen;
  6. Mengawasi, mengemaskini dan mengkaji kekesanan ke atas pelbagai sektor ekonomi.
  7. Memeriksa dan memproses permohonan pinjaman daripada Agensi-agensi Kerajaan, Syarikat, Kuasa-kuasa Tempatan dan Badan-badan Individu (Kerajaan);
  8. Memproses dan mengurus pinjaman termasuk (loan) Kerajaan Persekutuan, untuk projek-projek Pembangunan Kerajaan Negeri;
  9. Mengumpul data-data atau maklumat-maklumat mengenai pinjaman untuk pemantauan ke atas bayaran balik pinjaman; dan
  10. Mengesyorkan dasar pinjaman yang perlu digubal atau dihapuskira untuk keputusan kerajaan dari masa ke semasa.

Pemantauan Projek

  1. Menjaga kepentingan Kerajaan Negeri dalam menunaikan kewajipannya di bawah program penswastaan negeri seperti termaktub dalam perjanjian Konsesi I dan Konsesi II iaitu melibatkan penaiktaraf dan penyelenggaraan jalanraya di bawah kawalan dan bidangkuasa pihak DBKK, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah di Negeri Sabah;
  2. Memastikan pematuhan semua syarat dan speksifikasi perjanjian kontrak kerja penggredan serta kontrak kerja penyelenggaraan tahunan jalanraya (Non Qualified Roads) yang telah dinaiktaraf, semua  kontrak penyelenggaraan jalanraya tahunan (Qualified State Roads) di bawah kawalan DBKK, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah di Negeri Sabah sama ada dilaksanakan oleh pihak konsesi atau Kerajaan Negeri;
  3. Menyelaras dan memantau secara random aktiviti kerja yang telah/sedang dilaksanakan bagi setiap kontrak kerja di bawah perjanjian Konsesi I dan Konsesi II; dan 
  4. Mengemaskini data mengenai Jalanraya Negeri yang belum didaftarkan ke dalam sistem MARRIS. Ini bertujuan untuk menuntut Pemberian Jalanraya Negeri yang sepatutnya.