Saiz Teks

  • Increase
  • Decrease
  • Normal

Current Size: 112%

Pilih Bahasa

Fungsi: Bahagian Pemantauan Agensi Awam dan Pelaburan

  • Memastikan pengumpulan dan pembekalan data dalam SCIS adalah tepat dan kemaskini untuk tujuan analisis dan pemantauan.
     
  • Mengurus dan mengendalikan Sistem Maklumat Syarikat Kerajaan Negeri (SCIS).
     
  • Memantau, mengkaji dan membuat analisis ke atas prestasi kewangan badan berkanun negeri, agensi Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikatnya, dan membuat rekomendasi untuk membantu badan berkanun negeri dan agensi Kerajaan Negeri yang bermasalah.
     
  • Memastikan enakmen, surat pekeliling, garis panduan dan peraturan dipatuhi oleh semua badan berkanun negeri, agensi Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikatnya.
     
  • Mengkaji semula enakmen, surat pekeliling, garis panduan dan peraturan serta membuat cadangan penambahbaikan (Urusetia kepada Jawatankuasa Polisi dan Pengawasan Tadbir Urus Korporat Untuk Badan Berkanun Negeri).
     
  • Meneliti dan menyemak cadangan pelaburan oleh badan berkanun negeri, agensi Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikatnya termasuklah pelaburan saham, pembiayaan ekuiti dan pinjaman.
     
  • Memantau dan menilai pencapaian pelaburan yang dilaksanakan oleh badan berkanun negeri, agensi Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikatnya.
     
  • Memantau dan menilai prestasi pembayaran balik pinjaman Kerajaan Negeri oleh badan berkanun negeri dan agensi Kerajaan Negeri.
     
  • Menganjur kursus / seminar tahunan untuk ahli lembaga pengarah / pemegang amanah badan berkanun negeri dan agensi Kerajaan Negeri.