Saiz Teks

  • Increase
  • Decrease
  • Normal

Current Size: 112%

Pilih Bahasa

Latar Belakang MS ISO

MS ISO 9000 telah diperkenalkan dalam perkhidmatan Awam sejak tahun 1996, di mana pihak kerajaan melalui pihak MAMPU dan JKM/TSKN telahpn menjalankan pelbagai usaha yang proaktif untuk memastikan setiap agensi-agensi kerajaan dapat dipersijilkan dan mengapplikasikan MS ISO dalam perkhidmatan yang diberikan. Sebagai contoh, Kempen MS ISO Peringkat Negeri Sabah telah diadakan pada bulan September 1997 dan melalui pelbagai pekeliling seperti Bil. JKM(S)500-8/20 Klt.6(107) bertarikh 11 Jun 1999 dan Pekeliling Bil.JKM/TSKN:500-8/20/2 bertarikh 5 Julai 1999.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Kewangan pada masa itu telah juga berjaya dipersijilkan dengan MS ISO 9002:1994 oleh pihak MAMPU pada 21 Ogos 2000 di bawah tajuk "Pendaftaran Kontraktor Baru oleh PUKONSA" yang sah sehingga 13 September 2003.