Saiz Teks

  • Increase
  • Decrease
  • Normal

Current Size: 112%

Pilih Bahasa

Objektif: Bahagian Pemantauan Agensi Awam dan Pelaburan

  • Memastikan data mengenai kewangan dan bukan kewangan badan berkanun negeri, agensi Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikatnya adalah kemaskini bagi memenuhi fungsi sebagai alat early warning system untuk mengenalpasti badan berkanun negeri dan agensi Kerajaan Negeri yang bermasalah. Data tersebut juga dapat membantu Kerajaan Negeri untuk membuat keputusan, perancangan dan dasar berkaitan dengan badan berkanun negeri, agensi Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikatnya.
     
  • Memastikan semua badan berkanun negeri, agensi Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikatnya sentiasa mematuhi enakmen-enakmen, surat-surat pekeliling, garis panduan dan peraturan-peraturan sedia ada.
     
  • Memastikan semua badan berkanun negeri dan agensi Kerajaan Negeri  sentiasa mengamalkan tadbir urus korporat.
     
  • Mengumpul data mengenai pelaburan dan projek yang diusahakan oleh badan berkanun negeri, agensi Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikatnya yang akan digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk membuat keputusan, perancangan, dasar dan juga pelaburan negeri.
     
  • Memastikan semua pelaburan dan projek komersil yang diusahakan oleh badan berkanun negeri, agensi Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikatnya adalah viable.