Saiz Teks

  • Increase
  • Decrease
  • Normal

Current Size: 112%

Pilih Bahasa

Pelaksanaan MS ISO

Kementerian Kewangan Negeri Sabah adalah merupakan Kementerian Negeri yang   pertama di Negeri Sabah yang telah berjaya mendapatkan Persijilan MS ISO dengan versi 9001:1994 daripada MAMPU pada 21 Ogos 2000 dan sah sehingga September 2003. Skop persijilan ialah ‘Pendaftaran Kontraktor Baru” oleh PUKONSA.

Kementerian Kewangan terus berusaha gigih untuk mendapatkan Persijilan MS ISO dan usaha ini telah berhasil apabila berjaya mendapat persijilan versi baru MS ISO 9001:2000 dengan skop “Pengurusan Bajet kerajaan Negeri Sabah” selaras dengan kehendak dimana setiap agensi hanya boleh dipersijilkan dengan aktiviti utama. Persijilan ini diperolehi pada 25 Oktober 2008 daripada Moody International .

Bagi mematuhi arahan Standard Malaysia, setiap Persijilan MS ISO 9001:2000 hendaklah dialihkan/ditukarkan kepada versi MS ISO 9001:2008. Maka Kementerian Kewangan telah mengambil langkah proaktif untuk melaksanakan peralihan tersebut. Dengan menjalani pengauditan susulan peralihan yang dilakukan oleh Moody International maka Kementerian Kewangan telah berjaya mendapatkan persijilan versi 9001:2008 pada 25 Oktober 2008.

Kemudian pada 25 Oktober 2011 Kementerian Kewangan telah berjaya dipersijilkan semula  melalui pengauditan yang dilakukan oleh Moody International  dan persijilan ini sah sehingga 24 Oktober 2014. Persijilan ini masih mengekalkan skop  ‘Pengurusan Bajet Negeri’ yang melibatkan 12 Prosedur Kualiti yang terdiri daripada dua (2) Prosedur Operasi dan sepuluh (10) Prosedur sokongan.

Pengauditan  semula MS ISO 9001:2008 sekali lagi diadakan pada 18 Jun 2014 dan berjaya dipersijilkan semula sah sehingga 20 Oktober 2017 dengan mengekalkan skop ‘Pengurusan Bajet Negeri’.

Pada tahun 2017, Kementerian Kewangan akan menjalani Pensijilan Semula (Recertification Audit) oleh pihak Intertek Certification International Sdn Bhd dengan mengekalkan skop persijilan ‘Pengurusan Bajet Negeri’.