Saiz Teks

  • Increase
  • Decrease
  • Normal

Current Size: 112%

Pilih Bahasa

Berita Terkini

  • 2017-11-17

    Tekan pada pautan di bawah untuk memuat turun.

  • 2017-07-12

    Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kewangan Negeri Sabah tahun  2017H/1438H telah diadakan pada 12 Julai 2017 bertempat di Bilik Latihan, Aras 3, Blok C, Kementerian Kewangan Negeri Sabah, PPNS Kota Kinabalu. Sambutan ini adalah anjuran bersama Badan Kebajikan Islam (BKI-KKN) dan Kelab Hiburan, Kebajikan dan Sukan (KHKS) Kementerian Kewangan.

    Di antara tetamu kehormat yang hadir adalah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah Merangkap Menteri Kewangan Negeri Sabah, Yang Berhormat Datuk Haji Ramlee Marahaban dan Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Michael Asang, Pembantu-Pembantu Menteri Kewangan.

    Sambutan majlis dimulai dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh Yang  Berbahagia  Datuk Pg. Hassanel Bin Datuk Pg. Mohd. Tahir, Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan Negeri Sabah diikuti dengan ucapan/amanat daripada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri  Kewangan Negeri Sabah. 

  • 2017-07-05

    Pengauditan persijilan semula MS ISO 9001:2008 telah diadakan pada 5-6/7/2017 oleh Intertek Certification International Sdn. Bhd. Kementerian Kewangan sekali lagi telah berjaya dipersijilkan semula dengan skop 'Pengurusan Bajet Negeri Sabah' tanpa sebarang NCR. Pada tahun ini Kementerian Kewangan juga berjaya meraih pengiktirafan penandaras (Benchmarking) dalam kategori Pengurusan (Management) manakala item-item yang lain seperti Internat Audit, Corrective Actions, Continuous Improvement, Operational Control dan Resources adalah kekal Mature.

  • 2017-05-16

    Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2015 dan Jasamu Dikenang telah diadakan pada 16 Mei 2017 bertempat di Dewan Bankuasi, Aras 26 Blok A, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS). Majlis ini diadakan bagi tujuan memberi  pengiktirafan kepada pegawai & kakitangan yang telah menunjukkan prestasi kerja  cemerlang di sepanjang tahun 2015. Majlis diserikan lagi dengan penyampaian sijil Jasamu Dikenang kepada pegawai & kakitangan yang bersara sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas jasa dan khidmat mereka khususnya dalam perkhidmatan awam.

    Seramai 9 orang penerima anugerah perkhidmatan cemerlang tahun 2015 mengikut kategori masing-masing dan 9 orang yang telah menerima anugerah Khas SUT.

  • 2017-05-15

    Majlis kempen kesedaran MS ISO 9001:2008 dan pengenalan versi 2015 telah diadakan di Bilik Latihan, Aras 3, Block C, PPNS Kementerian Kewangan. Kempen ini bertujuan untuk memberi dan memperkukuhkan kefahaman kepada semua anggota Kementerian Kewangan mengenai dengan pelaksanaan MS ISO di samping memberi persediaan penuh untuk menghadapi pengauditan persijilan semula serta memberi gambaran ringkas/sepintas lalu mengenai dengan versi baharu  MS ISO 9001: 2015.

  • 2017-04-02

    Pada 2 April 2017 bermula jam 5.00 pagi sehingga 12.00 tengahari, Kementerian  Kewangan telah mengadakan ‘Program Sunday Family Ride’(SFR) bertempat di  Taman  Awam, Teluk Likas Kota Kinabalu dengan anjuran bersama Jabatan  Perkhidmatan  Komputer Negeri (JPKN), Jabatan Bendahari Negeri Sabah (JBNS)  dan Dewan  Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang turut mendapat kerjasama  daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta  agensi-agensi di bawah  Kementerian Kewangan seperti Perbadanan Pinjaman Negeri Sabah (PPNS), DESA  GROUP OF COMPANIES,  ANGKATAN  HEBAT SDN. BHD , BORNEO  HOUSING &  MORTAGE , WARISAN HARTA SDN. BHD dan SAHAM SABAH  BERHAD.

    Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan  Datuk Pg. Hassanel Bin Datuk Pg. Hj. Mohd Tahir. Pelbagai aturcara program  disediakan di antaranya ialah Senamrobik, Pertandingan Road Bike pelbagai  kategori, acara permainan kanak-kanak dan yang paling menarik orang ramai  adalah cabutan tiket bertuah dengan tawaran hadiah-hadiah menarik. Selain  daripada itu terdapat juga booth pameran daripada agensi yang mengambil bahagian  serta gerai-gerai jualan pelbagai barangan dan makanan.

  • 2016-04-22

    Majlis perasmian pelaksanaan Sistem Pengurusan, Peruntukan dan Pembayaran (S3P) akan berlangsung pada 22 April 2016 jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Bankuasi, Dewan Undangan Negeri. Majlis ini akan di sempurnakan oleh Y.Bhg Datuk Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Pg.Hassanel Datuk Pg.Hj.Mohd Tahir.

  • 2016-04-18

    Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Keempat Belas diadakan pada 18 April 2016 hingga 21 April 2016.

  • 2016-04-15

    Pada 15 April 2016, Kementerian Kewangan dengan kerjasama INSAN telah menganjurkan kursus bertajuk "Dynamic Leadership Competency" yang disampaikan oleh Encik Sa'adilah Hj.Abdullah, Pengarah INSAN dan Encik Wilson @ Terence Thomas, Ketua Penolong Pengarah INSAN.

    Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai dengan istilah, konsep dan prinsip-prinsip Kepimpinan Dinamik yang merupakan kompetensi yang amat penting. Di samping membantu mempertingkatkan mutu penyampaian Perkhidmatan Awam ia dapat membantu meningkatkan keupayaan para penjawat awam dalam mengaplikasikan prinsip-prinsip Kepimpinan Dinamik untuk meningkatkan prestasi kerja masing-masing.

  • 2016-02-04

    Badan Kebajikan Islam Kementerian Kewangan Negeri Sabah (BKIKKNS) akan mengadakan  satu lawatan amal ke Ho Chi Minh City (Vietnam) dan Phnom Penh (Kemboja) pada 04 – 09 Februari 2016. Seramai 33 orang ahli BKIKKNS  mengikuti lawatan ini yang diketuai oleh TSUT (Pengurusan) Y Bhg Tuan Hj. Muluk Samad.

Pages