Saiz Teks

  • Increase
  • Decrease
  • Normal

Current Size: 112%

Pilih Bahasa

Objektif: Perolehan Harta Awam

Memastikan sistem perolehan dan harta awam diurus dan dilaksanakan secara cekap, teratur dan berkesan secara menyeluruh dan berterusan  berpandukan dasar-dasar dan peraturan yang berkuatkuasa.

Bahagian ini juga menetapkan objektif jangka pendek mengikut unit seperti berikut:

  1. Unit PUKONSA
    • Surat Tawaran pendaftaran akan dikeluarkan kepada pelanggan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja selepas diluluskan oleh Jawatankuasa Induk PUKONSA.
    • Sijil pendaftaran akan dikeluarkan kepada pelanggan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh diterima pembayaran daripada pelanggan.
  2. Unit Perolehan
    • Keputusan petender yang berjaya akan disampaikan kepada pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas keputusan diterima daripada Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan.
    • Keputusan permohonan pengecualian daripada sebutharga atau tatacara tender akan disampaikan kepada pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas keputusan diterima dari Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan.
  3. Unit Kenderaan
    • Keputusan pembelian kenderaan tambahan / gantian dari Kementerian dan Jabatan akan disampaikan tujuh (7) hari selepas keputusan diterima daripada Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan.
    • Keputusan pembelian kenderaan yang disahkan berlebihan daripada kakitangan Kerajaan Negeri, individu dan syarikat swasta akan disampaikan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas menerima keputusan daripada Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan.
  4. Unit Harta Awam
    • Keputusan pelupusan melalui Lembaga Pemeriksa dan hapuskira kerana kehilangan harta awam akan disampaikan kepada pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas keputusan diterima daripada Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan.
    • Memastikan laporan yang disediakan disampaikan kepada pelanggan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas laporan berkenaan diterima dan disemak oleh Setiausaha Rendah Bahagian Perolehan dan Harta Awam.