Fungsi Bahagian Audit Dalam adalah untuk:
- Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi;
- Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa;
- Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan;
- Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi kehilangan, penipuan dan penyelewengan;
- Memberi nasihat/pandangan mengenai semua Sistem Pengurusan Kewangan;
- Menjalankan fungsi Audit Dalam di Kementerian/ Jabatan/ Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan yang tidak ada Unit Audit Dalam; dan
- Melaporkan kepada Ketua Eksekutif (Auditi) hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan.