Fungsi: Bahagian Pemantauan Agensi Awam dan Pelaburan
Memastikan pengumpulan dan pembekalan data dalam SCIS adalah tepat dan kemaskini untuk tujuan analisis dan pemantauan.
Mengurus dan mengendalikan Sistem Maklumat Syarikat Kerajaan Negeri (SCIS).
Memantau, mengkaji dan membuat analisis ke atas prestasi kewangan badan berkanun negeri, agensi Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikatnya, dan membuat rekomendasi untuk membantu badan berkanun negeri dan agensi Kerajaan Negeri yang bermasalah.
Memastikan enakmen, surat pekeliling, garis panduan dan peraturan dipatuhi oleh semua badan berkanun negeri, agensi Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikatnya.
Mengkaji semula enakmen, surat pekeliling, garis panduan dan peraturan serta membuat cadangan penambahbaikan (Urusetia kepada Jawatankuasa Polisi dan Pengawasan Tadbir Urus Korporat Untuk Badan Berkanun Negeri).
Meneliti dan menyemak cadangan pelaburan oleh badan berkanun negeri, agensi Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikatnya termasuklah pelaburan saham, pembiayaan ekuiti dan pinjaman.
Memantau dan menilai pencapaian pelaburan yang dilaksanakan oleh badan berkanun negeri, agensi Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikatnya.
Memantau dan menilai prestasi pembayaran balik pinjaman Kerajaan Negeri oleh badan berkanun negeri dan agensi Kerajaan Negeri.
Menganjur kursus / seminar tahunan untuk ahli lembaga pengarah / pemegang amanah badan berkanun negeri dan agensi Kerajaan Negeri.