Bahagian Kewangan dan Ekonomi di Kementerian Kewangan adalah diketuai oleh seorang Setiausaha Rendah serta dibantu oleh dua orang Ketua Penolong Setiausaha, dua Penolong Setiausaha Kanan, tiga orang Penolong Setiausaha, seorang Penolong Pegawai Tadbir, empat orang anggota/staf sokongan, dan seorang Pekerja Awam.
Mengikut Carta Organisasi Kementerian Kewangan, Bahagian ini diletakkan dibawah penyeliaan Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan).
Sejak 1998 Bahagian ini juga beroperasi sebagai Pejabat Cukai Jualan untuk membantu Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, selaku Pengarah Cukai Jualan Negeri, dalam pentadbiran Cukai Jualan Negeri.