Bahagian Kewangan dan Ekonomi diwujudkan untuk menyokong operasi Kementerian Kewangan Negeri melalui objektif-objektif seperti berikut:
- Memastikan ramalan tahunan bagi hasil negeri dibuat untuk tujuan Bajet Tahunan Negeri;
- Berusaha untuk mencari amalan terbaik dalam penyediaan ramalan hasil negeri ;
- Beroperasi sebagai Pejabat Cukai Jualan;
- Membantu dalam urusan perlantikan juruperunding mengikut kehendak Arahan Perbendaharaan Bilangan 186;
- Menyelaraskan urusan Perniagaan Tukar Barangan;
- Penilaian projek-projek penswastaan mengikut keperluan;
- Menjalankan kajian dan penyelidikan; dan
- Perihal Kementerian Kewangan yang ditugaskan dari masa ke semasa.