Kami berjanji akan:
- Menyediakan draf pertama Anggaran Tahunan kepada Kabinet Negeri empat belas (14) hari bekerja sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri;
- Memyampaikan keputusan Waran Perjawatan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh menerima dokumen yang ditandatangani oleh Menteri Kewangan;
- Menyampaikan keputusan permohonan viremen kepada Kementerian/Jabatan Kerajaan Negeri dalam tempoh masa sepuluh (10) hari bekerja;
- Menyampaikan keputusan permohonan bantuan kewangan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan, Badan-badan Keagamaan dan Sekolah-sekolah Bantuan Kerajaan setiap satu (1) kali setahun;
- Menyampaikan keputusan permohonan pendahuluan diri dibawah AP54 dalam masa dua puluh satu (21) hari bekerja;
- Menyampaikan keputusan-keputusan berikut :-
- Permohonan pinjaman perumahan kerajaan dalam tempoh masa lima (5) hari bekerja selepas permohonan diterima daripada Jabatan Bendahari Negeri Sabah;
- Permohonan penyewaan ruang pejabat dalam tempoh masa dua puluh satu (21) hari bekerja.
- Menyampaikan laporan pengauditan kepada pelanggan dalam tempoh masa satu (1) bulan selepas pengauditan dijalankan;
- Menyampaikan surat kebenaran Perdagangan Tukar barangan (Barter Trade) tiga (3) hari bekerja selepas keputusan Menteri Kewangan diterima;
- Menyampaikan keputusan pelantikan juruperunding dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas dipertimbangkan;
- Membekalkan Maklumat Am dan Kewangan agensi-agensi awam serta pelaburan negeri dalam tempoh masa tujuh (7) hari bekerja;
- Menyampaikan keputusan terhadap cadangan pelaburan daripada agensi awam dalam tempoh masa empatbelas (14) hari bekerja;
- Menyampaikan keputusan ke atas permohonan perolehan kerajaan dalam tempoh masa lima (5) hari bekerja selepas dipertimbangkan;
- Menyampaikan Sijil Pendaftaran Kontraktor dalam tempoh masa sepuluh (10) hari bekerja selepas dipertimbangkan; dan
- Menyampaikan keputusan Hapuskira Kehilangan dan Pelupusan dalam tempoh masa lima (5) hari bekerja selepas dipertimbangkan.