Apakah konsep pengurusan kewangan?
Konsep pengurusan kewangan mestilah diamati dalam proses pengurusan dan penggunaan peruntukan yang telah diluluskan dalam Belanjawan tahunan. Konsep pengurusan kewangan adalah merupakan satu proses sesebuah organisasi:
- Perlu mengikut langkah-angkah tertentu untuk memperolehi dan sterusnya mengagihkan sumber-sumber berdasarkan kepada keutamaan-keutamaan tertentu;
- Menggunakan cara-cara dan kawalan-kawalan tertentu untuk mencapai objektif-objektif berkenaan dengan cekap dan berkesan.
Pengurusan kewangan awam meliputi 3 aktiviti utama:
- Menetapkan skop dan kandungan polisi-polisi fiskal;
- Mewujudkan garis-garis panduan dan standard yang umum; dan
- Menyediakan struktur dan kawalan organisasi.
Pengurusan kewangan tradisional meliputi 3 proses asas kewangan:
- Belanjawan – penyediaan satu pelan kerja yang spesifik dan terperinci untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu dalam tempoh masa yang ditetapkan;
- Pembiayaan – peruntukan sumber-sumber kewangan untuk melaksanakan program-program bagi mencapai objektif-objektifnya; dan
- Pengawalan – pemastian aktiviti-aktiviti adalah dilaksanakan mengikut pelan kerja yang telah ditentukan melalui sistem-sistem perakaunan, laporan dan auditan yang ditetapkan.