Visi
Menjadikan Kementerian Kewangan Negeri Model Pengurusan Kewangan berprestasi tinggi dan terunggul di Malaysia.
Misi
Memastikan perancangan dan pengurusan kewangan yang berkualiti dan pengagihan saksama sumber kewangan negeri.
Objektif
- Memastikan sumber hasil negeri yang kukuh.
- Memastikan sumber wang awam diurus dengan penuh berhemat dan produktif.
- Memastikan pengurusan perolehan yang telus dan kawalan harta awam yang berkesan.
- Memastikan pematuhan dan pemantapan kepada sistem dan prosedur kewangan yang berkuatkuasa.
- Menjadikan KKN sebagai pusat rujukan dan khidmat nasihat dalam bidang kewangan.
- Memudahkan perjalanan jentera pentadbiran kerajaan negeri.
- Memastikan program pembangunan sumber manusia yang relevan di kalangan anggota KKN.
- Memastikan pelaburan negeri mendapat pulangan optimum.
- Memastikan pengurusan agensi awam mendokong 'corporate governance' dan berdaya saing.
- Mengurus kemudahan-kemudahan pinjaman dan lain-lain bagi kepentingan anggota perkhidmatan awam dengan cekap dan berkesan.