Saiz Teks

  • Increase
  • Decrease
  • Normal

Current Size: 112%

Pilih Bahasa

Berita Terkini

  • 2019-11-15
  • 2019-09-21
    KOTA KINABALU: Seiring langkah memupuk semangat kerja berpasukan dan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan penjawat awam, Kementerian Kewangan meneruskan lagi penganjuran Karnival Sukan untuk kali ke-10.
    Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Datuk Bahari Hassan berkata, karnival sebegini merupakan platform yang boleh memupuk semangat kerja berpasukan selain mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kakitangan Kementerian Kewangan...(Klik disini bagi mendapatkan pautan berita penuh)

     

  • 2019-03-21

    KOTA KINABALU: Kementerian Kewangan Negeri Sabah menetapkan 95 kuota surat kebenaran untuk aktiviti perniagaan tukar barangan (barter trade) di daerah Sandakan, Tawau dan Kudat. Pembantu Menteri Kewangan negeri Saripuddin Hatta berkata kuota tersebut masih belum dipenuhi iaitu 35 kuota masing-masing untuk daerah Sandakan dan Tawau, manakala 25 kuota untuk Kudat. Katanya sehingga hari ini (kelmarin) , hanya 53 permohonan diterima daripada pemohon yang berminat dan permohonan masih lagi dibuka sejak 1 Jan lepas...   (Klik disini bagi mendapatkan pautan berita penuh)

  • 2018-11-09
  • 2018-09-27

    Klik disini bagi mendapatkan berita penuh

     

  • 2017-11-17

    Tekan pada pautan di bawah untuk memuat turun.

  • 2017-07-12

    Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kewangan Negeri Sabah tahun  2017H/1438H telah diadakan pada 12 Julai 2017 bertempat di Bilik Latihan, Aras 3, Blok C, Kementerian Kewangan Negeri Sabah, PPNS Kota Kinabalu. Sambutan ini adalah anjuran bersama Badan Kebajikan Islam (BKI-KKN) dan Kelab Hiburan, Kebajikan dan Sukan (KHKS) Kementerian Kewangan.

    Di antara tetamu kehormat yang hadir adalah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah Merangkap Menteri Kewangan Negeri Sabah, Yang Berhormat Datuk Haji Ramlee Marahaban dan Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Michael Asang, Pembantu-Pembantu Menteri Kewangan.

    Sambutan majlis dimulai dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh Yang  Berbahagia  Datuk Pg. Hassanel Bin Datuk Pg. Mohd. Tahir, Setiausaha Tetap, Kementerian Kewangan Negeri Sabah diikuti dengan ucapan/amanat daripada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri  Kewangan Negeri Sabah. 

  • 2017-07-05

    Pengauditan persijilan semula MS ISO 9001:2008 telah diadakan pada 5-6/7/2017 oleh Intertek Certification International Sdn. Bhd. Kementerian Kewangan sekali lagi telah berjaya dipersijilkan semula dengan skop 'Pengurusan Bajet Negeri Sabah' tanpa sebarang NCR. Pada tahun ini Kementerian Kewangan juga berjaya meraih pengiktirafan penandaras (Benchmarking) dalam kategori Pengurusan (Management) manakala item-item yang lain seperti Internat Audit, Corrective Actions, Continuous Improvement, Operational Control dan Resources adalah kekal Mature.

  • 2017-05-16

    Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2015 dan Jasamu Dikenang telah diadakan pada 16 Mei 2017 bertempat di Dewan Bankuasi, Aras 26 Blok A, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS). Majlis ini diadakan bagi tujuan memberi  pengiktirafan kepada pegawai & kakitangan yang telah menunjukkan prestasi kerja  cemerlang di sepanjang tahun 2015. Majlis diserikan lagi dengan penyampaian sijil Jasamu Dikenang kepada pegawai & kakitangan yang bersara sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas jasa dan khidmat mereka khususnya dalam perkhidmatan awam.

    Seramai 9 orang penerima anugerah perkhidmatan cemerlang tahun 2015 mengikut kategori masing-masing dan 9 orang yang telah menerima anugerah Khas SUT.

  • 2017-05-15

    Majlis kempen kesedaran MS ISO 9001:2008 dan pengenalan versi 2015 telah diadakan di Bilik Latihan, Aras 3, Block C, PPNS Kementerian Kewangan. Kempen ini bertujuan untuk memberi dan memperkukuhkan kefahaman kepada semua anggota Kementerian Kewangan mengenai dengan pelaksanaan MS ISO di samping memberi persediaan penuh untuk menghadapi pengauditan persijilan semula serta memberi gambaran ringkas/sepintas lalu mengenai dengan versi baharu  MS ISO 9001: 2015.

Pages