Saiz Teks

  • Increase
  • Decrease
  • Normal

Current Size: 112%

Pilih Bahasa

Latar Belakang: Bahagian Perolehan, PUKONSA dan Harta Awam

Latarbelakang

Bahagian Perolehan dan Harta Awam merupakan salah satu dari bahagian utama Kementerian Kewangan Negeri Sabah dan dibahagikan kepada 4 unit iaitu:

  1. Unit PUKONSA
  2. Unit Perolehan
  3. Unit Kenderaan
  4. Unit Harta Awam

Bahagian ini dianggotai oleh 29 orang anggota yang diketuai oleh Setiausaha Rendah dan dibantu oleh Ketua Penolong Setiausaha.  Manakala setiap unit diketuai oleh Penolong Setiausaha.  Setiap unit menjalankan fungsi dan tanggungjawab Bahagian Perolehan dan Harta Awam selaras dengan dasar-dasar dan panduan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Visi

Menjadi bahagian yang cekap, berkesan dan kemaskini dalam pengurusan perolehan dan harta awam dengan memaksimumkan penggunaan teknologi maklumat menjelang tahun 2020.

Misi

Memodenisasikan pengurusan melalui penggunaan sistem teknologi maklumat;

Mengawasi dan menguatkuasakan pengurusan perolehan dan harta awam selaras dengan dasar dan peraturan semasa;

Menilai pencapaian pengurusan perolehan dan harta awam;

Membangun pengkalan data, menganalisis data dan menyebar data ke arah membantu memperbaiki prestasi pengurusan perolehan dan harta awam;

Mengemaskini garispanduan berkaitan pengurusan perolehan dan harta awam berpandukan dasar-dasar berkaitan dari masa ke semasa; dan

Menyediakan "input" bagi membantu merangka dasar-dasar berkaitan dengan pengurusan perolehan dan harta awam.