Saiz Teks

  • Increase
  • Decrease
  • Normal

Current Size: 112%

Pilih Bahasa

Fungsi: Perolehan Dan Harta Awam

  1. Unit PUKONSA
    • Urusetia pendaftaran Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan.
    • Mengurus permohonan pendaftaran syarikat untuk didaftarkan sebagai Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan.
    • Mengeluarkan Sijil Pendaftaran sebagai Kontraktor Kerja, Bekalan dan perkhidmatan kepada syarikat yang berjaya.
    • Menguatkuasakan dasar dan peraturan am pendaftaran kontraktor melalui:
      • Pengeluaran Surat Pekeliling.
      • Keahlian dalam Lembaga Tawaran Kementerian/Jabatan Ketua Menteri/Badan Berkanun Negeri.
      • Taklimat.
      • Khidmat nasihat.
    • Sebagai Pusat Rujukan perihal Pendaftaran Kontraktor Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan untuk rujukan dan rekod.
    • Mengeluarkan arahan melalui Surat Pekeliling mengenai dasar dan peraturan am pendaftaran kontraktor dari semasa ke semasa.
  2. Unit Perolehan
    • Urusetia bagi perolehan melebihi RM500,000 yang diurus melalui Lembaga Tawaran Negeri.
    • Mengurus permohonan pengecualian tender/sebutharga.
    • Mengurus perolehan barang-barang gunasama melalui 'Kontrak Pusat' untuk kegunaan semua Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun Negeri.
    • Menguatkuasa dasar dan peraturan am perolehan kerajaan melalui:
      • Pengeluaran Surat Pekeliling.
      • Keahlian Lembaga Tawaran Kementerian/Jabatan Ketua Menteri/Badan Berkanun Negeri.
      • Taklimat.
      • Khidmat nasihat.
    • Mengumpul, menganalisa dan merumus data dengan tujuan:
      • Mengukur pencapaian dan keberkesanan dasar-dasar perolehan Kerajaan
      • Mengesan perbelanjaan Kerajaan Negeri dan pecahan perbelanjaan mengikut Kementerian.
      • Mengemaskini garis panduan berkaitan perolehan Kerajaan dengan lebih cekap, ekonomi dan berkesan berpandukan kekurangan atau kelemahan yang dikenalpasti
      • Rujukan dan rekod.
      • Mengeluarkan arahan melalui surat-surat pekeliling mengenai perolehan  Kerajaan dari masa ke semasa.
  3. Unit Kenderaan
    • Urusetia penetapan bilangan 'Optimal Fleet' Kenderaan untuk Kementerian dan Jabatan Negeri
    • Mengurus permohonan tambahan / gantian kenderaan diperlukan oleh Kementerian dan Jabatan Negeri
    • Mengurus permohonan pembelian kenderaan yang disahkan berlebihan oleh Kementerian dan Jabatan Negeri.
    • Menyimpan dan mengemaskini data-data yang berkaitan dengan kenderaan Kerajaan Negeri
    • Mengumpul data, menganalisis data dan merumus data dengan tujuan:
      • Mengukur pencapaian dan keberkesanan dasar-dasar pengurusan Kenderaan.
      • Mengesan anggaran pungutan hasil penjualan dan anggaran nilai kenderaan yang dilupuskan.
      • Mengemaskini garis panduan berkaitan pengurusan kenderaan dengan lebih cekap, ekonomi dan berkesan berpandukan kekurangan/kelemahan yang dikenalpasti.
      • Rujukan dan rekod.
  4. Unit Pengurusan Harta Awam dan Penguatkuasaan
    • Mengurus permohonan pelantikan Lembaga Pemeriksa.
    • Mengurus permohonan seperti berikut:
      • Pelupusan harta awam melalui Lembaga Pemeriksa.
      • Hapuskira kehilangan harta awam.
    • Menguatkuasa dasar dan peraturan am pengurusan harta awam melalui:
      • Pengeluaran Surat Pekeliling.
      • Memantau kerja-kerja verifkasi terhadap semua stor Kementerian dan Jabatan Kerajaan Negeri.
      • Taklimat.
      • Khidmat nasihat.
    • Mengumpul data, menganalisis data dan merumus data dengan tujuan:
      • Mengukur pencapaian dan keberkesanan dasar-dasar pengurusan harta awam.
      • Mengesan anggaran pungutan hasil penjualan dan anggaran nilai harta awam yang dilupuskan.
      • Mengemaskini garis panduan berkaitan pengurusan harta awam dengan lebih cekap, ekonomi dan berkesan berpandukan kekurangan/kelemahan yang dikenalpasti.
      • Rujukan  dan rekod. 
    • Mengeluarkan arahan melalui Surat-Surat Pekeliling bagi pengawalan, penyeliaan dan penyelarasan yang sepatutnya mengenai penyimpanan, pembahagian, penggunaan, pemindahan dan pelupusan dari semasa ke semasa.