Amanat Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga Kementerian Kewangan Negeri Sabah yang sentiasa komited dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab demi memastikan pengurusan kewangan negeri berada pada tahap yang cekap, telus dan berintegriti.
Dalam era yang penuh dengan cabaran ekonomi global dan ketidaktentuan pasaran, Kementerian Kewangan Negeri Sabah terus berusaha memperkukuh tadbir urus fiskal negeri, memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan serta memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan. Melalui kerjasama semua pihak, kita akan terus
mempertingkatkan kecekapan pengurusan hasil, perbelanjaan berhemah, pengukuhan keupayaan institusi kewangan negeri serta memastikan setiap sen wang rakyat dibelanjakan dengan penuh tanggungjawab.
Saya yakin, dengan iltizam dan komitmen berterusan daripada seluruh warga kementerian, kita mampu mendepani segala cabaran dan terus merealisasikan aspirasi Kerajaan Negeri dalam membangunkan Sabah yang makmur, sejahtera dan berdaya saing.
“Pengurusan kewangan adalah kepimpinan — berasaskan integriti, dipandu akauntabiliti, dan didorong oleh impak.”
“Kewangan Negeri Kukuh, Sabah Maju Jaya.”
Yang Berbahagia Datuk Mohd Sofian Alfian Nair, JP
![]()

