Soalan Lazim.

Apakah konsep pengurusan kewangan?

:
;

Konsep pengurusan kewangan mestilah diamati dalam proses pengurusan dan penggunaan peruntukan yang telah diluluskan dalam Belanjawan tahunan. Konsep pengurusan kewangan adalah merupakan satu proses sesebuah organisasi:

  • Perlu mengikut langkah-langkah tertentu untuk memperolehi dan seterusnya mengagihkan sumber-sumber berdasarkan kepada keutamaan-keutamaan tertentu;
  • Menggunakan cara-cara dan kawalan-kawalan tertentu untuk mencapai objektif-objektif berkenaan dengan cekap dan berkesan.

Pengurusan kewangan awam meliputi 3 aktiviti utama:

:
;

  • Menetapkan skop dan kandungan polisi-polisi fiskal;
  • Mewujudkan garis-garis panduan dan standard yang umum; dan
  • Menyediakan struktur dan kawalan organisasi.

Pengurusan kewangan tradisional meliputi 3 proses asas kewangan:

:
;

  • Belanjawan – penyediaan satu pelan kerja yang spesifik dan terperinci untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu dalam tempoh masa yang ditetapkan;
  • Pembiayaan – peruntukan sumber-sumber kewangan untuk melaksanakan program-program bagi mencapai objektif-objektifnya; dan
  • Pengawalan – pemastian aktiviti-aktiviti adalah dilaksanakan mengikut pelan kerja yang telah ditentukan melalui sistem-sistem perakaunan, laporan dan auditan yang ditetapkan.

Loading