Koleksi Hebahan MS ISO digunakan sebagai medium penyampaian maklumat dan kesedaran kepada warga organisasi mengenai keperluan serta amalan dalam MS ISO 9001:2015. Ia bertujuan menyebarkan panduan, polisi, dan amalan terbaik secara ringkas dan mudah difahami bagi menyokong pelaksanaan sistem pengurusan kualiti yang berkesan.