Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan;

Menyediakan draf pertama Anggaran Tahunan kepada Kabinet Negeri empat belas (14) hari bekerja sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri;

Menyampaikan keputusan Waran Perjawatan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh menerima dokumen yang ditandatangani oleh Menteri Kewangan;

Menyampaikan keputusan permohonan viremen kepada Kementerian/Jabatan Kerajaan Negeri dalam tempoh masa sepuluh (10) hari bekerja;

Menyampaikan keputusan permohonan bantuan kewangan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan, Badan-badan Keagamaan dan Sekolah-sekolah Bantuan Kerajaan setiap satu (1) kali setahun;

Menyampaikan keputusan permohonan pendahuluan diri dibawah AP54 dalam masa dua puluh satu (21) hari bekerja;

Menyampaikan keputusan-keputusan berikut :-

(a) Permohonan pinjaman perumahan kerajaan dalam tempoh masa lima (5) hari bekerja selepas permohonan diterima daripada Jabatan Bendahari Negeri Sabah;

(b) Permohonan penyewaan ruang pejabat dalam tempoh masa dua puluh satu (21) hari bekerja.

Menyampaikan laporan pengauditan kepada pelanggan dalam tempoh masa satu (1) bulan selepas pengauditan dijalankan;

Menyampaikan surat kebenaran Perdagangan Tukar barangan (Barter Trade) tiga (3) hari bekerja selepas keputusan Menteri Kewangan diterima;

Menyampaikan keputusan pelantikan juruperunding dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas dipertimbangkan;

Membekalkan Maklumat Am dan Kewangan agensi-agensi awam serta pelaburan negeri dalam tempoh masa tujuh (7) hari bekerja;

Menyampaikan keputusan terhadap cadangan pelaburan daripada agensi awam dalam tempoh masa empatbelas (14) hari bekerja;

Menyampaikan keputusan ke atas permohonan perolehan kerajaan dalam tempoh masa lima (5) hari bekerja selepas dipertimbangkan;

Menyampaikan Sijil Pendaftaran Kontraktor dalam tempoh masa sepuluh (10) hari bekerja selepas dipertimbangkan; dan

Menyampaikan keputusan Hapuskira Kehilangan dan Pelupusan dalam tempoh masa lima (5) hari bekerja selepas dipertimbangkan.

Loading